MENGAPAKAH KITA MEMILIH SUSU KAMBING HIGOAT?


Susu kambing HiGOAT dihasilkan dan diedar oleh syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. yang mempunyai sebuah ladang kambing di Kuala Nerang dan ibu pejabat di Alor Setar, Kedah. Syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. diterajui oleh Tuan Haji Hashim Jahaya, Pengerusi Eksekutif dan En. Ismail Awang, Pengarah Eksekutif.

Ladang kambing yang melebihi 20 ekar di kawasan kehijauan alam semulajadi telah didaftarkan sebagai HR Dairy Goat's Indutry dan telah mula beroperasi sejak tahun 1996. Ianya sentiasa mengamalkan kaedah ternakan secara bioteknologi dan kawalan secara biologi dimana ternakan diberikan makanan daripada sumber nutrien semulajadi yang 100% organik serta bebas daripada bahan kimia, antibiotik dan racun serangga.
HR Dairy Goat's Industry mempunyai tenaga kerja mahir yang terlatih, mesin teknologi terkini serta baka kambing terpilih seperti Anglobean, Toggenberg, Sanaen dan Alpine. Pengeluaran tenusu syarikat ialah lebih kurang 800 liter dan 1,000 liter sehari.
Susu kambing HiGOAT adalah dalam bentuk serbuk yang mudah untuk disediakan pada bila-bila masa dengan membancuh dengan air suam. Rasanya sedap diminum begitu sahaja atau dicampur dengan madu. Ianya tidak ada bau atau rasa hamis kambing.