TESTIMONI MEREKA YANG MINUM SUSU KAMBING HIGOAT

Berikut ialah beberapa testimoni bermanafaat daripada orang-orang yang telah meminum susu kambing HiGOAT. Perlu diingat bahawa testimoni ini bukanlah satu jaminan bahawa setiap orang akan mendapat perkara yang sama kerana kesihatan adalah rezeki daripada Allah dan kita hanya perlu berusaha, berdoa dan bertawakkal sahaja.


1) En. Mohamed Saleem bin Kader Mydin, Alor Setar, Kedah.Sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.
"Saya menghidap penyakit 3 serangkai. Setelah pembedahan bypass jantung, kesihatan merosot, sering sakit-sakit di lutut dan pinggang, tidur tidak nenyak. Setelah mengamalkan HiGOAT untuk 2 bulan, tahap kencing manis dan darah tinggi terkawal. Ubat kencing manis dari 4 biji kepada 1 biji sahaja sehari dan ubat darah tinggi 1/2 biji sehari dari 1 biji sebelumnya. Lebih cergas dan bertenaga, tenaga kelelakian juga bertambah. Hebat!"


2) Puan Ra binti Chu, Teluk Intan, Perak.

Kebas-kebas kaki, tangan dan insomnia.

"Setelah amalkan 3 kotak HiGOAT, kebas-kebas ditangan dan kaki akibat kemalangan 25 tahun dahulu sudah berkurangan, sudah boleh melakukan kerja-kerja berat, pergerakan badan lebih pantas. Penyakit insomnia juga sudah sembuh, tidur lebih nyenyak. Sentiasa rasa kenyang dan lawas buang air kecil dan besar, Syukur pada Tuhan. Alhamdulillah."

3) Harimah binti Mat Lazim, Sungai Petani, Kedah.Acute Anemia (kurang darah)
"Sering pucat, kadang-kadang perlu dipapah untuk bergerak dan lebih banyak berbaring di katil. Perlu pemindahan darah 3 - 4 bulan sekali. Setelah mengamalkan HiGOAT, tahap darah semakin stabil, selera makan bertambah, boleh bergerak secara normal tanpa bantuan dan sudah boleh melakukan kerja-kerja rumah. Tak perlu ke hospital untuk tambah darah lagi, insyaAllah. Terima kasih HR."


4) Aisyah binti Osman, Alor Setar, Kedah.
Luka di tapak kaki akibat kencing manis.
"Pergerakan saya terbatas akibat luka di tapak kaki yang membengkak dan tidak surut-surut akibat kencing manis sejak 1 tahun yang lalu. Selepas 3 hari mengambil HiGOAT, perubahan yang ketara ialah luka di tapak kaki telah kering dan air bisa juga telah kering. Paling menggembirakan, isi baru pada luka mula tumbuh dan bercantum. Syukor."




5) Rakiah binti Yunus, Temerloh, Pahang.
Gastrik.

"Disebabkan gastrik, saya tidak dapat makan makanan pejal, pedas dan masam dan saya tidak dapat makan nasi semenjak 6 bulan lepas. Selepas satu minggu meminum HiGOAT 2 kali sehari (disebelah pagi dan malam) saya tidak menghadapi masaalah sakit perut lagi dan masaalah gastrik saya semakin pulih - saya dapat makan nasi dan makanan kegemaran saya seperti dahulu, Alhamdulillah."

6) Rafiah binti Taib, Kajang, Selangor
Asthma (lelah)
"Saya menghidap penyakit Asthma yang serius sejak 28 tahun yang lalu. Ia menjadi lebih teruk apabila cuaca dingin. Disebabkan selalu diserang Asthma, saya dibekalkan dengan 2 jenis alat bantuan 'inhaler'. Saya mula mengamalkan meminum HiGOAT satu hari 2 paket iaitu disebelah pagi dan petang. Setelah 2 bulan, saya tidak lagi dihantui masaalah semput, tidak lagi bersin sepanjang hari, dapat bernafas dengan selesa, tidak perlu lagi berpantang makan dan dapat melakukan aktiviti harian tanpa sebarang masaalah kesihatan. Terima kasih HR!"