Sunday, September 6, 2009

MENGAPA PERLUNYA SUSU KAMBING?

Susu kambing mengandungi khasiat yang sangat baik untuk kita semua - pelbagai vitamin, mineral, protein dan karbohidrat - yang diperlukan oleh tubuh badan kita untuk melindungi diri kita daripada pelbagai penyakit. Menjaga kesihatan diri kita adalah lebih mudah dan murah jika dibandingkan dengan kesusahan dan mahalnya untuk berubat daripada kesakitan.

Walau apa pun kebaikan susu kambing, yang paling penting bagi umat Islam ialah apabila kita meminum susu kambing, perlulah kita tetapkan niat kita untuk mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Jika kita minum susu kambing dengan niat untuk mengikut sunnah Rasulullah s.a.w., insyaAllah kita akan mendapat pahala dan keberkatan daripada Allah. Dan pada masa yang sama juga akan mendapat kebaikan untuk kesihatan kita insyaAllah.

Tokoh sejarah India, Mahatma Gandhi juga meminum segelas susu kambing setiap pagi dan malam sebagai amalan hariannya. Begitu juga, penganut agama Hindu mengamalkan meminum susu kambing dengan tujuan meningkatkan daya ingatan dan di dalam amalan perubatan mereka.

Di negara China pada zaman dahulu, puteri-puteri Maharaja China mengamalkan meminum susu kambing dan selalu berendam di dalam susu kambing untuk menjaga kecantikan mereka.


ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK BERSARA?

Kita bekerja setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun sehinggalah kita bersara satu hari nanti di masa hadapan. Kita ingin tidak lagi bekerja setelah bersara. Kita ingin menghabiskan sisa-sisa hidup kita membuat perkara-perkara yang kita tidak dapat lakukan semasa sibuk bekerja sebelum bersara.

Tetapi malangnya, ramai di antara kita yang TERPAKSA terus bekerja selepas sampai umur persaraan.

Mengapa?

Sekiranya anda bekerja dengan kerajaan dan mendapat pencen apabila bersara, adakah anda bersedia dan dapat mengubah cara hidup kerana pencen tidaklah sebanyak gaji anda?

Kebanyakan orang menghabiskan kesemua duit simpanan KWSP dalam tempoh satu ke tiga tahun selepas bersara. Mengapa? Apakah yang terpaksa dilakukan apabila ketiadaan simpanan lagi?

Ada orang yang terpaksa bersara awal kerana kehilangan keupayaan kerana kecacatan akibat kemalangan jalanraya. Apakah yang mampu dilakukan oleh mereka setelah habis wang insuran atau takaful?


ADAKAH ANDA MAHU MENDAPAT PENCEN SETIAP BULAN DARIPADA SYARIKAT HR MARKETING SDN. BHD.?

Bagaimana?

Pada dasarnya, apabila anda membeli susu kambing HiGOAT untuk diminum setiap hari, syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. akan memberikan ganjaran (RM) yang dipanggil bonus kepada anda. Ganjaran (RM) ini bergantung kepada beberapa perkara seperti bilangan kotak susu kambing HiGOAT yang anda beli dalam bulan berkenaan.

Sebaik-baiknya ialah kita minum susu kambing HiGOAT setiap hari untuk mengikut sunnah Nabi dan untuk ikhtiar menjaga kesihatan kita atau untuk ikhtiar sihat kerana sakit.

Jika kita tahu sesiapa yang mahu mengamalkan sunnah Nabi, adakah kita mahu berdiam diri atau mengajaknya untuk minum susu kambing HiGOAT?

Jika kita tahu sesiapa yang mahu berikhtiar untuk menjaga kesihatan, adakah kita mahu berdiam diri atau mengajaknya untuk minum susu kambing HiGOAT?

Jika kita tahu sesiapa yang mahu berikhtiar untuk sihat kerana sakit, adakah kita mahu berdiam diri atau mengajaknya untuk minum susu kambing HiGOAT?

Jawapan kepada soalan-soalan di atas tentulah kita patut mengajaknya untuk minum susu kambing HiGOAT! Ianya samalah seperti kita memberitahu kawan kita bengkel kereta yang kita tahu elok apabila ditanya di manakah boleh dia baiki kereta dia yang rosak!

Mereka yang mahu minum susu kambing HiGOAT itu tentulah juga seperti kita – mahu beli dengan harga borong yang lebih murah daripada harga runcit. Maka mereka juga seperti kita, perlu mendaftar dengan syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. dan selepas itu bolehlah membeli susu kambing HiGOAT dengan harga borong sebagai ahli berdaftar.

Mereka ini boleh dikenali sebagai ahli-ahli generasi pertama dalam rangkaian ahli bisnes HiGOAT anda. Tidak kira samada kita tahu atau mahu buat bisnes, maka terbentuklah bisnes susu kambing HiGOAT anda dengan pelanggan-pelanggan tetap anda sebagai ahli-ahli generasi pertama dalam rangkaian ahli bisnes HiGOAT anda.

Oleh kerana ahli-ahli generasi pertama ini membeli susu kambing HiGOAT selepas diperkenalkan oleh anda, maka syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. akan memberikan ganjaran (RM) yang juga dikenali sebagai bonus sebagai tambahan kepada bonus terdahulu bagi pembelian untuk diri anda sendiri.

Sekiranya jemputan untuk minum susu kambing HiGOAT ini diteruskan oleh mereka, maka mereka juga akan mendapat ahli-ahli generasi pertama seperti apa yang berlaku kepada anda dahulu. Secara langsung, ahli-ahli generasi pertama mereka akan menjadi ahli-ahli generasi kedua anda.

Sekiranya jemputan untuk minum susu kambing HiGOAT ini diteruskan oleh ahli-ahli generasi kedua anda, maka akan terbentuklah ahli-ahli generasi ketiga anda dan begitulah seterusnya. Pada dasarnya syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. akan memberikan anda bonus untuk kesemua pembelian oleh ahli-ahli daripada generasi pertama, kedua dan ketiga.

Ini bermakna bonus yang kita terima daripada syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. boleh menjadi bertambah banyak dan lumayan sekiranya jemputan untuk minum susu kambing HiGOAT ini diteruskan oleh ahli-ahli generasi ketiga, ahli-ahli generasi keempat, dan seterusnya.

Perlu diperhatikan bahawa di dalam proses di atas, setiap ahli – bukan anda sahaja – yang boleh mendapat ahli-ahli generasi pertama, ahli-ahli generasi kedua, ahli-ahli generasi ketiga, dan sebagainya!

Kesemua bonus-bonus ini diberikan kepada sesiapa sahaja yang memenuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh HR Marketing Sdn. Bhd. seperti mereka mestilah berdaftar dengan syarikat terlebih dahulu.

Setiap orang yang berdaftar dengan syarikat menerima bonus berdasarkan satu pelan pemasaran yang sama – tidak ada perbezaan samada seseorang itu menjual atau tidak susu kambing HiGOAT, ada atau tidak sijil, diploma atau ijazah, dan sebagainya.

Pelan pemasaran adalah seperti skim gaji pekerja yang bekerja dengan syarikat. Walau bagaimanapun perbezaannya ialah skim gaji adalah berbeza mengikut pangkat dan kelayakan pekerja. Oleh itu skim gaji pekerja adalah berbeza bagi buruh, kerani, eksekutif atau pengurus kerana ianya ditentukan oleh pangkat dan kelayakan tertentu seperti sijil, diploma atau ijazah serta pengalaman bekerja dan sebagainya.

Seorang buruh akan tetap mendapat gaji yang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan gaji seorang pengurus walaupun beliau bekerja lebih lama dan lebih susah daripada pengurus berkenaan. Seorang kerani tidak akan mendapat gaji yang sama dengan gaji eksekutif sehinggalah beliau belajar di universiti, mendapat ijazah dan berjaya mendapat kerja sebagai eksekutif.

Pelan pemasaran syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. adalah satu dan sama untuk semua orang.

Setiap orang akan diberikan bonus berdasarkan perkara-perkara yang sama seperti bilangan kotak susu kambing HiGOAT yang kita dan mereka yang dalam rangkaian ahli bisnes HiGOAT kita beli daripada syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. dalam bulan berkenaan.

Mereka yang terlebih dahulu atau lebih awal menjadi ahli berdaftar dengan syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. tidak semestinya dan tidak dijamin akan mendapat bonus yang lebih banyak daripada kita yang menjadi ahli kemudian daripada mereka.

Begitu juga, kita yang mempunyai rangkaian ahli-ahli berdaftar dengan syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. yang sedikit bilangannya boleh mendapat bonus yang lebih banyak daripada mereka yang mempunyai rangkaian ahli-ahli yang lebih besar!


Kenapa?

Ini ialah disebabkan oleh pelan pemasaran syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. yang adil dan sama untuk semua orang. Pelan pemasaran yang BUKAN PIRAMID dan BUKAN SKIM CEPAT KAYA.


Berapakah pendapatan yang boleh anda dapat?

Ada ahli yang telah mendapat pendapatan yang lumayan dan ada juga yang telah mendapat pendapatan yang kecil sahaja. Sebagaimana bisnes-bisnes yang lain, pendapatan kita boleh naik dan turun, dan juga boleh jadi besar atau kecil.

Sekiranya kita ada bisnes yang pelaburannya lebih kurang RM 1,000,000 maka apakah pendapatan yang kita harapkan? Tentu sekali berpuloh ribu ringgit selepas beberapa bulan atau tahun!

Sebagai perbandingan, berapakah pendapatan yang telah diterima oleh ahli bisnes HiGOAT dengan pelaburan RM 230 (iaitu bayaran untuk 7 kotak susu kambing HiGOAT dan sekali gua sebagai pendaftaran dengan syarikat HR Marketing Sdn. Bhd.)?

Maklumat terkini yang saya terima ialah ada dikalangan ahli bisnes HiGOAT yang telah pun menerima sehingga lebih kurang RM 58,000 dalam satu bulan!

Adakah pendapatan daripada bisnes HiGOAT akan diterima setiap bulan?

Jika anda ada sebuah kedai menjual barangan runcit, adakah anda akan mendapat pendapatan setiap bulan daripada kedai runcit anda? Jawapannya ialah selagi mana ada pelanggan yang membeli barangan daripada kedai runcit anda, maka insyaAllah selagi itulah anda akan mendapat pendapatan daripada kedai runcit anda.

Apabila anda menjadi ahli, maka ianya adalah seumpama anda mempunyai satu kedai dengan pelaburan serendah RM 230 untuk belian 7 kotak susu kambing HiGOAT.

Terpulanglah kepada anda samada ingin membuka kedai anda atau tidak mahu menjual susu kambing HiGOAT atau mengajak orang lain mengamalkan meminum susu kambing HiGOAT.

Sekiranya ahli-ahli dalam rangkaian ahli bisnes HiGOAT anda mengamalkan meminum susu kambing HiGOAT setiap hari dan membelinya setiap bulan, maka insyaAllah anda akan mendapat pendapatan setiap bulan.

Walaupun anda tidak menjual kepada sesiapa, anda masih boleh mendapat pendapatan daripada bonus sepertimana yang telah dihuraikan di atas.

Walaupun anda pergi mengerjakan ibadah Haji dan Umrah selama lebih kurang satu bulan, anda masih boleh mendapat pendapatan daripada bisnes HiGOAT anda.

Walaupun anda bercuti di luar negara dengan keluarga selama dua bulan, anda masih boleh mendapat pendapatan daripada bisnes HiGOAT anda.

Bagaimana?

Oleh kerana ahli-ahli dalam rangkaian ahli bisnes HiGOAT anda membeli dan meminum susu kambing, maka syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. akan memberikan anda ganjaran (RM) yang dipanggil bonus.

Kita bermula seorang diri di dalam bisnes ini. Kita mengajak saudara-mara kita dan alhamdulillah mendapat seorang ahli. Kemudian membantu ahli pertama kita itu untuk mendapat ahli generasi pertama baginya. Maka kita pun telah mempunyai 3 orang ahli dalam rangkaian ahli bisnes HiGOAT.

Satu permulaan yang sukar dengan bilangan ahli yang kecil.

Namun dengan bantuan mereka yang memperkenalkan kepada kita peluang ini (yang dikenali sebagai Upline) dan dengan mendengar nasihat dan tunjuk-ajar daripada Upline dan dengan berkat kesabaran dan usaha secara berpasukan dengan Upline dan dengan bantuan yang kita berikan kepada ahli-ahli rangkaian bisnes HiGOAT kita (yang dikenali sebagai Downline), maka bilangan ahli kita pun bertambah dari sehari ke sehari, dari seminggu ke seminggu, dari bulan ke bulan dan dari setahun ke setahun insyaAllah.

Berapakah bilangan ahli dalam rangkaian ahli bisnes HiGOAT anda jika anda dan setiap ahli mendapat hanya seorang ahli baru dalam sebulan?

Andaikan anda mendapat seorang ahli baru setiap bulan. Begitu juga ahli-ahli anda mendapat seorang ahli baru setiap bulan. Berapa ramaikah ahli dalam rangkaian ahli bisnes HiGOAT anda dalam tempoh satu tahun?

Bulan pertama: Anda seorang sahaja.

Bulan kedua: Anda dan seorang ahli baru = 2 orang.

Bulan ketiga: 4 orang.

Bulan kelima: 8 orang.

Bulan keenam: 16 orang.

Bulan ketujuh: 32 orang.

Bulan kelapan: 64 orang.

Bulan kesembilan: 128 orang.

Bulan kesepuluh: 256 orang.

Bulan kesebelas: 512 orang.

Satu tahun: 1,024 orang!

Jika secara purata setiap orang berbelanja lebih kurang RM 100 setiap bulan, maka jualan daripada bisnes anda (walaupun anda hanya membeli susu kambing HiGOAT untuk minuman anda dan keluarga sendiri dan tidak menjual kepada orang lain) ialah 1,024 x RM 100 = RM 102,400 sebulan!

Berapakah pendapatan yang anda boleh dapat daripada satu bisnes dengan modal serendah RM 220 dan jualan sebanyak RM 102,400 sebulan?